Jarang Bersama Isteri Punca Pembesaran Kelenjar Prostat?

Sending
User Review
5 (1 vote)

Jarang Bersama Isteri Punca Pembesaran Kelenjar Prostat? – PEMBESARAN kelenjar prostat adalah masalah kesihatan yang paling ditakutkan oleh kebanyakan lelaki dewasa. Berbagai mitos yang disebarkan pun turut sama menambah rasa ketakutan para lelaki, seperti mitos bahawa penyebab pembesaran kelenjar prostat adalah kerana frekuensi $ek$ yang kurang atau terlalu banyak.

Apa fakta sebenarnya? Adakah ia sebenarnya disebabkan oleh kerana kita kurang berhubungan $ek$ ataupun kita terlalu kerap melakukannya?

Jarang Bersama Isteri Punca Pembesaran Kelenjar Prostat?

MENURUT DOKTOR PAKAR BAHAGIAN UROLOGI DR GIDEON TAMPUBOLON, SPU, MASALAH PEMBESARAN PROSTAT PADA GOLONGAN LELAKI TIDAK DISEBABKAN OLEH FREKUENSI DALAM HUBUNGAN $EK$UAL.

“Baik kaum lelaki yang sering berhubungan $ek$ dan yang jarang sama-sama mempunyai risiko untuk mengalami masalah pembesaran prostat. Malah selama belasan tahun saya melakukan pembedahan prostat, baru ada dua faktor, yang kita tahu tidak boleh untuk melakukan hubungan seksual sama sekali,” ujar doktor dari RS Premier Bintaro ini di dalam seminar, di Jakarta.

Jarang Bersama Isteri Punca Pembesaran Kelenjar Prostat?

Jarang Bersama Isteri Punca Pembesaran Kelenjar Prostat?

Pembesaran prostat secara umumnya boleh disebabkan oleh pertambahan usia atau penuaan dan genetik. Meski penyebabnya belum sepenuhnya diketahui, pertumbuhan kelenjar prostat dipengaruhi oleh hormon lelaki iaitu testosteron dan hasil metabolismenya. Selain itu, faktor keturunan juga memainkan peranan penting juga.

“Selama hormon testosteron masih dihasilkan ada kemungkinan besar prostat akan tetap bertumbuh. Untuk mencegahnya sebaiknya dibuangkan sahaja sumber testosteronnya. Paling mudah dilakukan dengan membuang testisnya. Tapi mana ada lelaki yang inginkannya, kan?” tuturnya.

Jarang Bersama Isteri Punca Pembesaran Kelenjar Prostat?

Sebagai langkah pencegahan, menurut Dr Gideon, menjaga berat badan anda agar tidak terjadi pertumbuhan lemak yang berlebihan, diet sihat, dan menjalani gaya hidup sihat adalah cara untuk anda mencegah terjadinya pembesaran prostat. Pembesaran prostat sendiri biasanya diketahui setelah laki-laki mengalami keluhan saat mereka membuang air kecil.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih