“Kau Nak Lari Sangat Kan…”

“Kau Nak Lari Sangat Kan…”. CUBAAN seorang lelaki melarikan diri selepas dia merempuh sebuah kereta gagal apabila kereta BMW 325i dipandunya terbabas sebelum dia dibelasah orang awam dalam kejadian di Jalan Miri-Pujut di Miri, semalam.

“Kau Nak Lari Sangat Kan…”

Dalam kejadian pada jam 7 malam itu, lelaki berusia 30-an terbabit dipercayai memandu dari arah Kuala Baram menuju ke pusat bandar.

Bagaimanapun, kenderaannya merempuh kereta Perodua Myvi di hadapannya mengakibatkan kereta berkenaan terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

Sumber berkata, pemandu Perodua Myvi iaitu lelaki berusia 20-an itu terselamat dan hanya mengalami cedera ringan.

Bagaimanapun, pemandu BMW itu terus memecut meninggalkan mangsa dengan niat untuk melarikan diri.

“Orang awam yang melihat kejadian itu kemudiannya bertindak mengejar lelaki terbabit mengakibatkan kereta dipandunya terbabas di bahu jalan.

“Berang dengan tindakannya yang cuba melarikan diri, lelaki terbabit dibelasah orang awam,” katanya.

Katanya, lelaki terbabit yang dipercayai di bawah pengaruh alkohol kemudiannya dikejarkan ke Hospital Miri selepas mengalami kecederaan.

Sementara itu, jurucakap polis mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut masih dijalankan. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih