Keputusan live streaming Malaysia vs Vietnam Piala AFF 2018

Keputusan live streaming Malaysia vs Vietnam Piala AFF 2018. HANYA 90 minit memisahkan Harimau Malaya daripada gelaran Raja Asia Tenggara. Dan dalam tempoh itu anak buah Tan Cheng Hoe perlu melakukan apa saja yang terdaya, mengerah seluruh keringat untuk menewaskan Vietnam pada aksi kedua final Piala AFF bagi mengulangi sejarah 2010.

live streaming Malaysia vs Vietnam

Keputusan live streaming Malaysia vs Vietnam Piala AFF 2018

Ini kerana skuad Naga Emas juga dahagakan gelaran kedua, sama seperti Malaysia selepas muncul juara 2008.

Vietnam yang dibimbing Park Hang-seo cukup mantap kali ini apabila kekal dengan rekod tanpa kalah dan hanya seri sekali 2-2 dengan Malaysia pada final pertama di Bukit Jalil, Selasa lalu.

Pasukan di ranking ke-100 dunia ini bukanlah terlalu hebat dalam penguasaan bola tapi kepantasan dan ketajaman bahagian atas cukup bahaya buat pertahanan negara.

Pemain tengah Nguyen Quang Hai perlu dirantai daripada merencana pergerakan Naga Emas apabila hantarannya kepada penyerang, Phan Van Duc dan Han Duc Chinh kerap mencetuskan masalah pada pertemuan sebelum ini.

Malaysia perlu lebih berdisiplin dan pemain tengah, Syamer Kutty Abba dan Akram Mahinan perlu bekerja keras membantu melindungi benteng negara.

Ketenangan dan bijak menghidu peluang bakal menjadi kunci kejayaan anak buah Tan Cheng Hoe.

Mereka tidak boleh mengulangi kesilapan sama ketika tumpas 0-2 di Hanoi pada aksi peringkat kumpulan dengan penguasaan bola lebih 60 peratus tapi buntu menghasilkan jaringan.

Pemain tengah, Mohamadou Sumareh, Safawi Rasid dan perancang Norshahrul Idlan Talaha perlu mencari jalan untuk memecahkan tembok pertahanan Vietnam dengan melancarkan serangan di sebelah tepi yang dilihat lebih senang untuk dicerobohi.

Tapi jika mahu melakukan hantaran tinggi dalam kotak penalti, Syafiq Ahmad lebih tajam di udara berbanding Zaquan Adha Abd Radzak dan mungkin Cheng Hoe boleh memikirkan untuk memasukkan Akhyar Rashid lebih awal.

Cari jalan untuk Vietnam melakukan kesalahan di kawasan mereka dan situasi bola mati antara peluang terbaik untuk Malaysia menghasilkan gol kerana Safawi memiliki teknik rembatan yang baik.

Dengan doa jutaan rakyat Malaysia dan semboyan perjuangan pemain negara sudah ditiup, tidak mustahil untuk penantian selama lapan tahun akan dinoktahkan malam esok di bumi Hanoi.

Keputusan live streaming Malaysia vs Vietnam Piala AFF 2018

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih