Keputusan mansuh kutipan tol, Ini respon Zeti Akhtar

Keputusan mansuh kutipan tol, Ini respon Zeti Akhtar. KEPUTUSAN berhubung pemansuhan kutipan tol akan diumumkan selewat-lewatnya minggu depan. Ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata, perkara berkenaan masih dalam proses perbincangan dan akan dimuktamadkan segera seperti yang diseneraikan dalam manifesto kerajaan pada Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14).

Keputusan mansuh kutipan tol, Ini respon Zeti Akhtar

“Ketika ini, ahli majlis sedang mendengar penerangan daripada pelbagai pihak termasuk syarikat konsesi lebuh raya dan pemegang saham.

“Keputusan dijangka akan diterima dalam masa terdekat kerana mereka perlu membawanya kepada ahli majlis minggu depan.

“Di pihak kerajaan dan ahli majlis, kami komited untuk mencari langkah penyelesaian terbaik demi keselesaaan rakyat negara in,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Penasihat Kerajaan di ibu negara, semalam.

Menurut Zeti, pengumuman yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia itu akan diumumkan sendiri oleh ketua Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin.

Sementara itu, mesyuarat yang bermula 10.30 pagi itu berakhir kira-kira 4.30 petang dengan pelbagai isu dibincangkan berkaitan sektor perumahan dan tol.

Turut hadir , Ahli Majlis Penasihat Kerajaan lain iaitu bekas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas, Tan Sri Hassan Merican; ahli ekonomi, Jomo Kwame Sundaram; wakil Tan Sri Robert Kuok , Tan Sri Oh Siew Nam serta Daim.

Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Shahril Ridza Ridzuan dan Pengarah Urusan Khazanah Nasional, Tan Sri Azman Mokhtar.

Sementara ituShahril berkata, syarikat konsesi lebuh raya dan pemegang saham ketika ini masih dalam perbincangan.

” Ia (pemansuhan kutipan tol) membabitkan jumlah pelaburan yang besar,” katanya. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih