Konstabel Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Konstabel Polis Parah Tertembak Diri Sendiri. KONSTABEL polis parah akibat tertembak diri sendiri ketika bertugas di Pos Pengawal Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah di Seri Iskandar, hari ini. Dalam kejadian 12 tengah hari, mangsa, 24, yang baru mahu memulakan tugas di pos pengawal IPD berkenaan cedera pada dada kiri selepas tertembak dengan senjata api jenis MP5.

Konstabel Polis Parah

Difahamkan, hari ini genap dua tahun mangsa bertugas sebagai anggota polis dan sudah berkhidmat di IPD Perak Tengah sejak September 2016 selepas menamatkan latihan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL).

Konstabel Polis Parah Tertembak Diri Sendiri

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Mohamad Zainal Abdullah berkata, mangsa baru ingin memulakan syif tugasannya dari 12 tengah hari hingga 6 petang dan mengambil senjata api di bilik simpanan senjata di IPD berkenaan.

“Mangsa kemudiannya mengambil alih tugasan sebelum anggota yang diganti itu meninggalkan pos pengawal untuk ke motosikalnya.

“Anggota berkenaan kemudian terdengar bunyi letupan dan menoleh ke pos pengawal sebelum melihat mangsa menunduk sambil memegang dada serta meminta tolong sebelum rebah,” katanya ketika ditemui di wad kecemasan Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh.

Menurutnya, siasatan awal mendapati mangsa dipercayai terkena tembakan dari senjata api MP5 semasa hendak menyarung tali senapang pada badannya.

Katanya, siasatan pada senjata api itu didapati mempunyai satu kelopak berisi 24 butir peluru serta satu lagi peluru berada dalam laras dan berada dalam mod E iaitu ‘single’, bukannya dalam keadaan selamat (safe).

“Mangsa dibawa ke Hospital Changkat Melintang sebelum dipindahkan ke HRPB dan kini berada dalam keadaan stabil, namun kehilangan banyak darah.

“Keluarga mangsa sudah dimaklumkan mengenai kejadian, dan sudah tiba di Jabatan Kecemasan HRPB dari Melaka. Siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dalam kes ini,” katanya. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih