Nasi Goreng Kampung Paling Sedap

Resepi Nasi Goreng Kampung Paling Sedap – Nasi yang sudah berbaki dalam periuk biasanya saya rencanakan nak buat nasigoreng kampung. Sayang juga kan nak buang nasi. Di antara banyak macamnya, nasigoreng kampung yang paling saya suka. Maklum lah, lidah orang kampung dah sebati dengan masakan kampung juga.

nasi goreng kampung

Resepi Nasi Goreng Kampung Paling Sedap

Resepi nasigoreng kampung spesial dan simple ialah salah satu masakan popular yang mudah di dapat di Malaysia selain Nasi Ayam. Nasi ni kesukaan ramai orang, tak mengira bangsa di Malaysia je. Rata-rata orang suka kerana rasanya yang enak dan sedap, penyediaannya cepat, lagi mengenyangkan.

Bahan-bahan Nasi Goreng Kampung:

  • 3 cawan nasi sejuk
  • 1/2 ikat kangkung di potong dan cuci bersih
  • 1/2 cawan ikan bilis di goreng garing
  • kicap manis
  • garam secukupnya

Bahan tumbuk:

  • 7 biji cili padi
  • 7 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 sudu ikan bilis

Cara untuk menyediakan Nasi Goreng Kampung:

  1. Tumbuk semua bahan tumbuk. Sebaiknya bahan ni di tumbuk supaya tak banyak air. Kalau tak, boleh di kisar kering.
  2. Bila sudah, panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga harum.
  3. Masukkan garam secukupnya.
  4. Masukkan sayur kangkung dan gaul hingga rata.
  5. Masukkan nasi dan gaul lagi.
  6. Sambil di gaul, tambahkan kecap manis dan gaul hingga rata.
  7. Bila sudah selesai, tutup api.
  8. Masukkan ikan bilis dan gaul rata dan siap untuk dihidangkan.

Cukup mudah bukan cara untuk membuat resepi ini yang dijamin sedap. Nasi goreng kampung boleh ditambah sambal belacan dan keropok sebagai penambah selera.

Nasi Goreng Kampung Paling Sedap

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

No Responses