Pembinaan Taman Tema Animasi Pertama Asia Di Ipoh Tergendala?

Pembinaan Taman Tema Animasi Pertama Asia Di Ipoh Tergendala? – Taman tema animasi pertama di asia yang dikatakan akan dibuka pada awal tahun 2016 di Ipoh, Perak masih belum dibuka sehingga ke hari ini awal Februari 2017. Ini adalah antara satu bakal tarikan baru yang terletak di Bandar Meru Raya Ipoh, Perak. Sebahagian besar taman tema animasi yang dikenali sebagai MAPS ini adalah tertutup dan berhawa dingin untuk melindungi penganjung dari cuaca panas, basah dan lembap di Malaysia.

Pembinaan Taman Tema Animasi Pertama Asia Di Ipoh Tergendala?

Pembinaan Taman Tema Animasi Pertama Asia Di Ipoh Tergendala?

Taman ini juga mempunyai menara drop yang paling tinggi di Malaysia. Dikatakan, akan ada pertunjukan lagak ngeri kereta dan banyak lagi yang direka untuk tontonan seisi keluarga dan semua peringkat umur. Terdapat juga pelbagai jenis makanan dan minuman yang bertemakan filem animasi popular dan kedai-kedai di seluruh kawasan seluas 52 ekar itu. Movie Animation Park Studio (MAPS) menampilkan lebih 40 Rides termasuk zon DreamWorks Animation yang menempatkan watak-watak animasi popular seperti Mr Peabody dan Sherman, The Croods, Megamind dan Casper the Friendly ghost. Selain daripada watak-watak animasi dari DreamWorks, animasi kegemaran tempatan, BoBoiBoy oleh MONSTA.

BACA: Percutian Bajet Tempat Menarik Di Perak

MAPS bakal menjadi salah satu taman tema yang bertaraf antarabangsa dan merupakan taman tema yang ke 3 dalam Malaysia yang mendapatkan pengiktirafan tersebut. Terdapat lebih 40 tarikan dalam 6 zon dengan tema-tema yang berbeza. Namun adakah pembangunan taman tema ini mempunyai masalah dalaman yang tidak boleh diberitahu pada umum tentang progress kerja pembangunan seterusnya mereka terus mendiamkan diri tentang tarikh pembukaan.

Pembinaan Taman Tema Animasi Pertama Asia Di Ipoh Tergendala?

Pembinaan Taman Tema Animasi Pertama Asia Di Ipoh Tergendala?

Ramai orang awam yang telah membeli tiket sejak setahun yang lalu mula merungut di laman media sosial facebook rasmi Movie Animation Park Studios. Ada yang mengamuk bertanyakan tarikh sebenar bila akan dibuka, ada yang meminta wang belian tiket semula, ada yang memaki hamun dan macam-macam lagi. Tidak dapat dinafikan, pengguna mungkin rasa teraniaya dan tertipu kerana belian tiket masuk yang dibeli sudah lebih setahun berlalu dan apabila ditanya tiada jawapan yang dapat memuaskan hati mereka.

BACA: Percutian Bajet Teluk Senangin Lumut Perak

Pembinaan Taman Tema Animasi Pertama Asia Di Ipoh Tergendala?

Pembinaan Taman Tema Animasi Pertama Asia Di Ipoh Tergendala?

Tiada gambar sebenar dan semuanya adalah gambar ilustrasi yang dimuat naik ke laman media sosial mereka. Kita ambil kira positif, mungkin kerana pihak mereka tidak mahu paparkan pada umum sebelum ia dibuka secara rasmi. Maklumat dari laman web rasmi MAPS juga tidak dikemas kini sejak kemaskini terakhir pada 21 September 2016. Jadi, tiada maklumat rasmi yang boleh dirujuk oleh orang awam berkenaan dengan tarikh sebenar pembukaan taman tema animasi yang pertama di Asia ini.

BACA: Sejarah Bukit Larut Yang Ramai Tak Tahu

Apa pun kelewatan dan masalah yang dihadapi, pihak MAPS harus keluarkan kenyataan rasmi dan perlu menghebohkan kenapa berlaku kelewatan pembukaan kepada orang awam yang tertunggu-tunggu dan lebih-lebih lagi pada mereka yang telah membeli tiket sejak setahun yang lalu. Sepertimana hebohan taman tema ini akan dilancarkan pada 2014 yang lalu, sebegitulah hebohan tentang punca kelewatan dibuka perlu dibuat untuk orang awam. Apa-apa pun, ramai yang tidak sabar menanti pembukaan taman tema animasi pertama di Asia ini.

BACA: Kelamai, Kuih Tradisional Orang Rao Di Perak

Sumber: orangperak.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih