Penduduk terkejut lembu bunting lahirkan kura-kura

Penduduk terkejut lembu bunting lahirkan kura-kura – PENDUDUK kampung heboh dengan kejadian aneh apabila seekor lembu yang bunting didapati melahirkan seekor kura-kura. Fenomena luar biasa ini berlaku di kampung Hutabohu, Limboto Barat, Indonesia pada Selasa.

Pemilik lembu, Rimin Nggadu berkata lembu peliharaannya telah melahirkan seekor anak kira-kira pukul 8 malam.

Tetapi, apa yang mengejutkannya apabila dia melihat terdapat ‘benda hitam’ yang turut keluar dari rahim lembunya itu semasa proses kelahiran.

Penduduk terkejut lembu bunting lahirkan kura-kura

“Selepas beberapa minit anak lembu dilahirkan, tiba-tiba saya nampak ada sesuatu melekat di badannya dan bila saya tengok lebih dekat, ia adalah seekor kura-kura kecil,” kata Nggadu memetik Liputan6.

-foto Liputan6

Dalam keadaan terkejut, dia memanggil beberapa jiran terdekat untuk menyaksikan peristiwa yang dianggap luar biasa ini.

Berita mengenai kejadian itu tersebar dengan cepat dan penduduk sekitar terus datang untuk melihat lembu yang dikatakan melahirkan dua haiwan serentak itu.

Pada masa ini, kura-kura dan anak lembu itu berada dalam keadaan sihat. Kura-kura tersebut dipelihara di dalam rumah dan diberi makan sayur-sayuran.

Ketua Daerah Limboto Barat, Hasni D. Lamanasa ketika ditemui di lokasi berkata kejadian lembu melahirkan anak kura-kura itu adalah bukti kebesaran Allah.

Katanya, segala yang dianggap mustahil oleh manusia, akan tetap berlaku dengan kehendak-Nya.

“Ini adalah bukti tanda-tanda kebesaran Allah SWT. Apa yang terjadi adalah kehendak-Nya,” katanya, memetik Liputan6.

Bagaimanapun dia berharap orang ramai tidak mengaitkan peristiwa itu dengan perkara mistik bimbang ia akan menjadi syirik. – mStar

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih