“Permintan terakhir Ariff .. Minta keluarga jaga anak sebelum ke Thailand” – Luahan Ayah (8 Gambar)

“Permintan terakhir Ariff .. Minta keluarga jaga anak sebelum ke Thailand” – Luahan Ayah (8 Gambar) | Shah Alam : Jenazah Ariff akan dibawa pulang hari ini, Ariff dan isteri terlibat kemalangan di Thailand semalam, dia maut manakala isterinya parah, apa yang berlaku mengejutkan keluarga memandang kan sebelum Ariff dan isteri berlepas ke Thailand dia meminta keluarganya menjaga anak-anak nya kata ini ini kali terakhir dia akan ke Thailand.

Keluarga sememangnya merancang untuk membuat kejutan sempena hari kelahirannya Februari depan namun tidak menyangka kami sebaliknya menerima berita sedih itu,” kata Shuhery Shuib, 59, bapa juruteknik PETRONAS yang maut ketika mengikuti konvoi motosikal berkuasa tinggi di Phattalung, Thailand, petang semalam.

“Permintan terakhir Ariff .. Minta keluarga jaga anak sebelum ke Thailand” – Luahan Ayah (8 Gambar)

Dalam kejadian jam 3 petang (waktu tempatan Thailand) itu, mangsa, Muhammad Ariff Shuhery, 34, meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Nur Arissa Ruri Ahon, 34, yang membonceng motosikal Honda 660 cc parah.

"Permintan terakhir Ariff .. Minta keluarga jaga anak sebelum ke Thailand" – Luahan Ayah (8 Gambar)


Menurut Shuhery, anak sulung daripada empat beradik itu bersama lima individu lain termasuk isteri dan adik iparnya, Juhari Ahmad Azamri, 52, bertolak dari Pulau Pinang dengan menunggang tiga motosikal berasingan pada sebelah pagi.

“Namun, pada jam 4.20 petang semalam (waktu Malaysia), saya terkejut menerima panggilan daripada ahli keluarga mengenai kemalangan itu yang kemudian turut disahkan sendiri oleh Juhari,” katanya ketika ditemui di kediamannya di Seksyen 17, Shah Alam, hari ini.

Ketika kejadian, konvoi itu menuju ke Koh Samui melalui Lebuhraya Petchakasem terletak antara Hatyai dan wilayah Phattalung.

Namun, motosikal pasangan suami isteri itu melanggar belakang pacuan empat roda yang berhenti secara tiba-tiba dalam sekatan jalan raya dilakukan polis Thailand.

Rempuhan itu menyebabkan mereka tercampak ke tengah jalan dan dihantar ke Hospital Pabon.

Shuhery berkata, dia mula berasa tidak sedap hati ketika menghantar menantunya itu ke Hentian Bas Seksyen 13, malam Isnin lalu untuk bertemu suaminya di Pulau Pinang bagi memulakan konvoi terbabit dari sana.

Lantaran perasaannya itu, Shuhery akui juga tidak boleh tidur semalam.

“Saya merasakan sesuatu yang pelik kerana arwah turut sempat berpesan supaya menjaga semua anaknya dan mahu pergi ke Thailand buat kali terakhir sebelum bertukar ke cawangan PETRONAS di KLIA.

“Firasat saya ternyata benar apabila menerima berita pemergian arwah yang tidak sempat menyambut hari jadinya pada 9 Februari,” katanya yang reda dengan kejadian itu.

Menurutnya, menantunya yang cedera di tulang pinggul dan pipi masih menerima rawatan di hospital negara itu dan jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 hari ini. Al fatihah.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih