Petua Hilangkan Panau Dengan Mudah Dan Berkesan

Sending
User Review
5 (1 vote)

Petua Hilangkan Panau Dengan Mudah Dan Berkesan. Ada segelintir orang mengatakan jangan mandi jika badan atau muka masih berpeluh takut nanti akan tumbuh panau. Sejauh mana kebenaran tentang perkara tersebut? Panau adalah sejenis jangkitan yang muncul akibat dari pembiakan kulat pada bahagian kulit seperti tompokan putih yang berada diluar lapisan kulit anda.

Boleh cuba mana-mana cara berikut:

Petua Hilangkan Panau

Petua Hilangkan Panau Dengan Mudah Dan Berkesan

1. Daun pinang
Tumbuk daun pinang hingga lumat dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

2. Buah pinang
Ambil air perahan buah pinang dan Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Amalkan selalu.

3. Daun belimbing
Tumbuk beberapa helai daun belimbing hingga lumat. Campurkan dengan sedikit asam jawa dan sedikit beras. Tempekkan pada bahagian yang berpanau. Amalkan setiap hari.

4. Daun kesum dan minyak tanah
Campurkan secekak daun kesum dengan minyak tanah. Gosokkan pada bahagian kulit yang berpanau. Aalkan setiap hari.

Petua Hilangkan Panau Dengan Mudah Dan Berkesan

5. Daun gelenggang
Tumbuk beberapa helai daun gelenggang hingga lumat. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau dan biarkan selama 15-20 minit. Bilas hingga bersih. Amalkan selalu.

6. Halia
– Ambil halia sebesar ibu jari dan tumbuk hingga lumat. Tepekkan halia yang telah ditumbuk pada bahagian kulit yang berpanauBiarkan selama 15-20 minit. Amalkan selalu.

7. Pucuk lada
Tenyehkan pucuk lada pada bahagian kulit yang bepanau. Amalkan selalu.

8. Bawang putih dan halia
Tumbuk 2 ulas bawang putih bersama sedikit halia. Sapukan pada bahagian kulit yang berpanau. Biarkan sehingga kering. Amalkan setiap hari.

9. Lengkuas
Tumbuk beberapa ketul lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapu air lengkuas pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lengkuas. Amalkan selalu.

10. Daun lengkuas
Tumbuk beberapa helai daun lengkuas dan Ambil air perahannya. Sapukan air perahan tersebut pada bahagian kulit yang berpanau. Sementara itu jangan makan makanan yang mengandungi lenkuas. Amalkan selalu.

Selamat Mencuba

‪#‎petua‬ #kongsikan #sebarkan

Petua Hilangkan Panau Dengan Mudah Dan Berkesan

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih