PlayStation VR Kini Menyokong Video 360-darjah Dari YouTube

PlayStation VR merupakan platform dan juga peranti realiti-maya daripada Sony yang dikuasakan oleh PlayStation. Kini, mereka telah mula menawarkan kemaskini kecil untuk pengguna PlayStationVR, sekaligus membawa salah satu fungsi yang dinantikan ramai, iaitu YouTube 360.

Melaluinya, kini pengguna boleh mengakses kepada katalog video 360-darjah yang diterbitkan di YouTube dengan mudah, dan menikmatinya terus melalui set PlayStation VR anda.

playstation vr

PlayStation VR Kini Menyokong Video 360-darjah Dari YouTube

Bercakap mengenai YouTube 360 sendiri, sekiranya anda ingin menikmatinya, anda masih boleh melakukannya menggunakan komputer desktop – tetapi anda perlu mengawal menggunakan tetikus dan mengerakkan sesuatu video berkenaan ke kiri dan kanan. Dan sepertinya, menggunakan set realiti-maya seperti PlayStation VR akan memberikan pengalaman yang lebih baik kepada para pengguna.

playstation vr

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih