Resepi Ayam Masak Kicap Paling Sedap

Resepi Ayam Masak Kicap Paling Sedap – Tengah hari tadi saya nak masak resepi ayam kicap sedap dan mudah untuk anak-anak. Kalau anda tak ada idea nak masak apa, boleh cuba resepi ni. Anak-anak mesti suka. Resepinya pun cukup ringkas dan sedap. Sesuailah untuk anak-anak makan sepulang main cuti sekolah. Ayam ni tak kalah sedap dengan resepi ayam masak merah.

Jom kita intai cara membuat resepi ayam masak kicap sedap dan mudah.

resepi ayam masak kicap

Resepi Ayam Masak Kicap Paling Sedap

Bahan-bahan resepi ayam masak kicap sedap:

  • Ayam lumur garam kunyit, di goreng
  • 1 biji ubi kentang di hiris nipis dan di goreng
  • 1 labu bawang besar dihiris bulat
  • 1 biji cili hidup merah / benggala dihiris
  • 1 sudu besar cili di kisar
  • Daun sadri / bawang di hiris
  • Lada hitam di tumbuk kasar
  • Kayu manis
  • Bunga lawang
  • Buah pelaga
  • Sedikit serbuk jintan manis

Bahan sos resepi ayam masak kicap sedap:

  • Kicap pekat
  • Kicap manis
  • Sos tiram

Bahan kisar:

  • 1/2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia

Cara buat ayam masak kicap paling sedap:

  1. Panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, dan buah pelaga bersama bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga cili garing dan masak.
  3. Masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tomato dan sos tiram. Kacau hingga sebati.
  4. Masukkan air hingga mendidih.
  5. Setelah mendidih, masukkan serbuk jintan manis, serbuk lada hitam, bawang besar dan cili hidup.
  6. Masukkan ayam bersama ubi kentang. Gaul sekejap je sebelum api ditutup.
  7. Taburkan sedikit hirisan daun sadri / bawang.

Selamat mencuba resepi ayam masak kicap sedap dan mudah.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Search Terms:

No Responses