Resepi Bubur Kacang Hijau Sedap

Bubur Kacang Hijau SedapResepi masakan bubur ini pastinya menjadi juadah kegemaran pada bulan ramadhan sebagai menu berbuka puasa. Bubur kacang samada kacang hijau atau kacang merah paling sedap bila dimakan sejuk-sejuk atau dihidangkan masa minum petang tapi ingat jangan bubuh gula melaka banyak-banyak. Bubur kacang merah atau hijau sering mendapat permintaan di bulan puasa ia juga semakin mendapat tempat bila diadakan majlis-majlis keraian sebagai salah satu makanan pencuci mulut.

bubur kacang hijau

Semakin sedap bila nak tambahkan durian, jom langsung sahaja kita layan resepi sedap dibawah:

Resepi Bubur Kacang Hijau Sedap

Bahan-Bahan:

  • 2 – 3 cawan kacang hijau – cuci dan rendam semalaman
  • 1 ketul gula melaka – potong kecil @
  • 1 cawan air @
  • 1/3 cawan gula pasir [tanda @ dimasak hingga gula tapis dan larut]
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 liter santan
  • 1 helai daun pandan – disimpul
  • gula pasir – opsyenal
  • sedikit halia
  • air bila perlu

Cara Memasak Bubur Kacang Hijau:

1. Rebus kacang hijau hingga kembang kemudian masukan air gula merah dan sedikit air bila perlu. kacau hingga masak dan bila sudah mendidih masukan halia dan daun pandan.

2. Masukan 1/4 teh garam bersama santan, kacau dan masak lagi hingga mendidih gunakan api sederhana dan kacau selalu.

3. Bila kurang manis boleh tambahkan gula sesuaikan dengan selera masing-masing dan matikan api bila sudah masak.

4. Akhir sekali, hidangkan bersama roti atau biskut krim kraker bila anda suka.

Selamat mencuba resepi bubur kacang hijau ni dan sampai jumpa di artikel sedap berikutnya.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih