Resepi Congo Bars Yang Mudah

Resepi Congo Bars Yang Mudah. Hari ni saya nak kongsikan resepi Congo Bars yang mudah dan sedap sangat ni! Sebenarnya kalau google, dah banyak dah yang share resepi Congo Bars ni. Bahan-bahan dan cara membuatnya pun lebih kurang aje semuanya. Tinggal kita je nak alter sesikit ikut kesesuaian anak tekak.

resepi congo bars

Resepi Congo Bars Yang Mudah

Bahan-bahan Congo Bars:

  • 2 1/2 cawan + 1 sudu besar makan tepung naik sendiri
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 3/4 cawan butter
  • 1 cawan gula perang
  • 3 biji telur
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 cawan chocolate chips buat tabur kat atas sebelum bakar
  • 1 cawan kacang pican atau apa2 kekacang*
  • Kepingan badam untuk taburan*

* kekacang bakar sebentar supaya rangup

Cara Penyediaan Congo Bars:

  1. Ayak tepung dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.
  2.  Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan pukul menggunakan mixer sehingga butter melarut dan sebati.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebijik dan putar sebati. Masukkan esen vanila.
  4. Masukkan tepung , baking powder dan garam yang telah di ayak dan kacau rata. Akhir sekali masukkan chocolate chips, kekacang dan gaul sempurna.
  5. Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13×9 atau 12×12 yang telah digris dengan butter dan dialas dgn kertas minyak.
  6. Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate chips jika suka sebagai hiasan.
  7. Bakar pada suhu 170C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan.
  8. Dah sejuk, boleh potong-potong dan sedia dihidangkan.

Resepi Congo Bars Yang Mudah

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih