Resepi Masakan Ayam Paprik Sedap Dan Mudah

Resepi Masakan Ayam Paprik Sedap Dan Mudah – Resepi Ayam Masak Paprik berasal dari negara Thailand . Bahan penting dalam masakan ini ialah sos ikan, sos tiram dan daun limau purut, inilah tips yang paling penting yang Che’ Nom dapat dari tukang masak Thai, tanpa ketiga-tiga bahan wajib ini masakan ini takkan merasa “kick”nya.

Pedas, masam dan aroma lazat dari limau purut adalah sebab mengapa Paprik Ayam ini adalah masakkan menjadi kegemaran kebanyakan rakyat Malaysia sekian lama. Simple, sedap dan cepat untuk disediakan. Selamat mencuba.

resepi masakan ayam paprik sedap

Masa Penyediaan: 15 | Memasak: 15 | Keseluruhan: 30 minutes
Jumlah Hidangan: 3

Resepi Masakan Ayam Paprik Sedap Dan Mudah

Bahan-Bahan Resepi Masakan Ayam Paprik:

  • 300 gram ayam (campuran bahagian isi dan tulang
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar cili kisar
  • 2 ulas bawang putih (diketuk)
  • 1 cm halia (hiris nipis)
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil pes tomyam
  • 1 helai daun limau purut
  • 1 batang serai (dititik)
  • 5 biji cili api (dititik)
  • 1/2 labu bawang besar (hiris kasar)
  • sedikit air
  • sedikit sos ikan (optional)
  • sayur (bunga kubis,baby jagung,kacang panjang dan capsicum hijau)

Cara Penyediaan Resepi Masakan Ayam Paprik Sedap:

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang putih, halia dan cili kisar dan pes tom yam hingga naik bau.
  2. Masukkan ayam dan kacau selama 2-3 atas api yang besar.
  3. Masukkan bahan-bahan lain beserta air, kacau hingga kuah menjadi pekat.
  4. Angkat dan hidangkan bersama nasi putih yang panas.

Tips

Kalau nak pedas boleh tambah cili api.

Ditulis oleh : Che’ Nom

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih