Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Sedap

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Sedap – Resepi sotong yang membuka selera ini pasti menjadi menu kegemaran pilihan kita memesan makanan di restoran atau kedai makan ala Thai. Disini admin nak berkongsi resepi masakan sotong iaitu sotong goreng tepung rangup yang sedap dan lazat. Penyediaannya yang simple dah mudah ini pastinya tidak memerlukan masa yang lama untuk disediakan. Jom kita lihat bahan-bahan yang diperlukan dan cara menyediakannya resepi sotong goreng tepung rangup dan sedap.

Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup Dan Sedap

Bahan-bahan Resepi Sotong Goreng Tepung :

  • 4 ekor sotong (saiz sederhana besar)
  • 1 cawan kecil tepung gandum
  • 1/2 cawan kecil tepung jagung
  • 3 sudu besar tepung beras
  • Garam secukup rasa (untuk gaul dengan sotong dan dalam tepung)
  • Serbuk lada putih secukupnya
  • Serbuk lada hitam secukupnya
  • Serbuk kunyit secukupnya
  • Sebiji telur dipukul sedikit
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Memasak Resepi Sotong Goreng Tepung :

1. Siang sotongdan hiris kasar (toskan betul-betul), gaul dengan sedikit garam

2. Campurkan semua jenis tepung, garam, serbuk lada putih dan serbuk lada hitam.

3. Ambil secukupnya campuran tepung campurkan dengan telur yang dipukul.

4. Panaskan minyak.

5. Gaulkan sotong dengan campuran tepung dan telur.

6. Ambil sekeping-sekeping hirisan sotong dan salutkan dengan lebihan tepung yang tidak dicampur telur.

7. Goreng dalam minyak yang sudah panas dengan api yang sederhana.

Tips :

1. Jangan masukkan sotong dalam jumlah yang banyak dan bertindih-tindih.

2. Pastikan sotong tenggelam dalam minyak. Pastikan minyak telah panas, kemudian sederhanakan api dapur.

3. Balikkan sotongapabila bahagian atasnya telah garing.

4. Angkat sotongyang telah masak/garing dan toskan di atas penapis (jangan toskan di atas tisu dapur)

5. Bila minyak sudah betul tos, barulah boleh letak di atas tisu dapur atau pinggan hidang.

Selamat mencuba Resepi Sotong Goreng Tepung Rangup ini.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih