SAYU !! Terlalu cepat sayang pergi.. Ajal diperjalanan cari rezeki dirempuh pemandu mabuk (6 Gambar)

SAYU !! Terlalu cepat sayang pergi.. Ajal diperjalanan cari rezeki dirempuh pemandu mabuk (6 Gambar) – Kepala Batas : Berderaian air mata isteri melihat jasad suami terbujur kaku, kini tiada lagi suami tersayang disisi, pergi nya diperjalanan mencari rezeki buat keluarga tercinta.

Suasana pilu menyelubungi Hospital Kepala Batas apa bila isteri mangsa Reyna Rumli hadir bersama anak-anak untuk menguruskan jenazah suami nya.

Mohd Faizal meninggal dunia selepas motosikal Yamaha ditunggangnya bertembung dengan kereta di Jalan Nyior Sebatang, Tasek Gelugor, 9 pagi semalam.

Ketika kejadian, Mohd Faizal Mohamad Fadzil, 36, dalam perjalanan ke tempat kerja di Butterworth.

SAYU !! Terlalu cepat sayang pergi.. Ajal diperjalanan cari rezeki dirempuh pemandu mabuk (6 Gambar)

Tiba di lokasi, kereta terbabit memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh motosikal mangsa, akibat kecuaian pemandu kereta terbabit Faizal maut parah dikepala.

berita hari ini

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pemandu kereta terbabit yang juga pekerja kilang berusia 21 tahun.

“Siasatan awal mendapati kereta itu datang dari arah Sungai Dua menghala Pokok Machang.

“Kereta itu dipercayai cuba mengelak kenderaan yang memasuki laluannya menyebabkan dia mengelak ke kanan sebelum bertembung dengan motosikal mangsa.

“Mangsa meninggal dunia di lokasi akibat parah di kepala dan badan manakala pemandu kereta selamat,” katanya.

Polis menahan pemandu kereta terbabit untuk siasatan lanjut selain mengambil sampel darah bagi ujian alkohol dikhuatiri mabuk.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya, semoga Puan Reyna Ramli dan anak-anak tabah dengan apa yang berlaku. Al fatihah. – www.accidentportal.com

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih