Semak Keputusan PT3 Imtiaz Yayasan Terengganu

Semak Keputusan PT3 Imtiaz Yayasan Terengganu – KUALA TERENGGANU 20 Dis.– Sekolah Menengah Imtiaz Yayasan Terengganu (SMIYT) Kuala Te­reng­ganu memperlihatkan pe­­­ning­­­­katan mendadak dalam Pen­taksiran Tingkatan 3 (PT3) apa­bila seramai 77 orang daripada 109 calonnya memperoleh semua A. Pengetuanya, Mohd. Yusoff Oth­man berkata, keputusan yang diumumkan semalam merupakan kejayaan besar dan menjadi satu lagi catatan sejarah dalam rentetan perkemba­ngan sekolah.

keputusan pt3 imtiaz

Semak Keputusan PT3 Imtiaz Yayasan Terengganu

“Berbanding tahun sebelum­nya, hanya 34 pelajar mendapat keputusan semua A. Keputusan pada tahun ini merupakan hasil komitmen yang sangat kuat daripada guru-guru dan para pelajar.

“Pelbagai program telah kami laksanakan termasuklah kem mata pelajaran, kem motivasi serta kem kecemerlangan di kawasan luar sekolah,” katanya kepada pemberita semalam.

Majlis penyerahan keputusan PT3 disempurnakan oleh Yang Dipertua Majlis Permaufakatan ibu Bapa dan Guru (MPIBG), Zulkifli Abu Bakar.

Keputusan ini sekali gus meletakkan sekolah itu mengungguli kedudukan teratas Gred Purata Sekolah (GPS ) antara rangkaian SMIYT di seluruh negeri.

SMIYT Kuala Terengganu mendapat GPS 1.06,, diikuti oleh SMIYT Besut 1.07, SMIYT Dungun 1.09, SMIYT Kuala Berang 1.12 dan SMIYT Kemaman 1.13.

Katanya, sumbangan-sumbangan yang disalurkan melalui pihak ibu bapa, MPIBG serta Yayasan Terengganu kepada pihak sekolah juga antara yang telah membantu menjayakan program itu. Semak Keputusan PT3 Imtiaz Yayasan Terengganu

“Guru-guru memberi khidmat tanpa mengira masa dan wang.Mereka melakukannya dengan ikhlas semata-mata ingin melihat kejayaan pelajar bimbingan mereka.

“Alhamdulillah, atas usaha yang dilakukan kita berjaya melangkaui sasaran awal yang ditetapkan pada awal tahun apabila melangkaui 70 peratus calon mendapat semua A,” katanya.

Sumber: www.utusan.com.my

Semak Keputusan PT3 Imtiaz Yayasan Terengganu

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih