Senarai Pemain Liga Super JDT 2017

Senarai Pemain Liga Super JDT 2017 – BEKAS peledak PKNS FC, Gaby Guerra mengetuai senarai tiga pemain import Argentina yang bakal memperkuatkan skuad Harimau Selatan bagi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2017. Perkara itu diumumkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menerusi akaun rasminya Johor Southern Tigers, semalam.

Pengendali JDT, Mario Gomez bagaimanapun berkata, Gaby dari Boca Juniors akan beraksi bersama JDT II.

“Jika Gaby menunjukkan prestasi yang baik, dia ada peluang untuk membarisi skuad utama,” katanya.

Tambah Gomez, dua lagi import Argentina yang akan memantapkan barisan JDT dalam usaha mempertahankan kejuaraan liga musim hadapan ialah Brian Ferreira (24) dan Gonzalo Cabrerra (27).

Senarai Pemain Liga Super JDT 2017

Katanya, pembelian itu dilihat mampu mengisi kekosongan ditinggalkan bekas penjaring gol terbanyak Liga Super musim lalu, Jorge Pareyra Diaz dan Harris Harun yang bakal dipinjam ke kelab luar tahun depan. Senarai Pemain Liga Super JDT 2017

Senarai Pemain Liga Super JDT 2017

“Hasil rundingan serta tawaran yang diberikan pasukan akhirnya kami berjaya mengikat Brian yang ketika ini hanya berumur 24 tahun. Dia juga pernah bermain untuk skuad kebangsaan Argentina bawah 21 tahun.

“Selain itu, kita juga mengikat seorang pemain yang kini bermain untuk kelab Arab Saudi, Gonzalo Cabrerra bagi melengkapkan kekosongan di skuad utama memandangkan dia mempunyai kualiti serta berpengalaman yang mana aspek penting dalam pasukan,” katanya.

Difahamkan, Brian yang beraksi buat Independiente pernah diintai Porto dan Manchester United manakala Cabrera adalah produk Boca Juniors.

“Kami melepaskan beberapa pemain senior kami dan telah menandatangani beberapa pemain muda yang menarik serta berpotensi untuk menambah semangat baru dan persaingan dalam pasukan. Senarai Pemain Liga Super JDT 2017

“Persaingan sihat sentiasa bagus untuk pasukan. Kami telah meminjamkan pemain-pemain senior dari pasukan utama seperti Hariss Harun dan Nazmi Faiz kerana kedua-dua pemain ini adalah sebahagian daripada projek jangka panjang kelab,” katanya.

Dalam masa sama, pasukan Harimau Selatan itu juga sedang mengintai seorang lagi pemain import dan hanya akan dimaklumkan selepas semua urusan perpindahan berjaya diselesaikan. lapor Sinar Harian

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih