Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM Platform Pengajian ke Peringkat Tertinggi

Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM Platform Pengajian ke Peringkat Tertinggi – Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang bercita-cita melanjutkan pengajian hingga peringkat tertinggi disyorkan untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia.

Pengetua Sekolah Raja Perempuan Taayah (Serata), Madihah Mohamad berkata, STAM secara keseluruhannya adalah antara aliran yang disediakan bagi pelajar terutamanya pelajar daripada aliran agama serta mempunyai sijil thanawi.

sijil tinggi agama malaysia stam

Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM Platform Pengajian ke Peringkat Tertinggi

“STAM adalah antara aliran yang disedikan bagi memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian mereka.

“Secara keseluruhannya dengan sijil STAM, pelajar-pelajar ini boleh melanjutkan pengajian ke luar negara, khususnya di Timur Tengah termasuk di institusi pengajian tempatan,” katanya sempena pengumuman keputusan STAM di sekolah berkenaan, hari ini.

Difahamkan, keputusan peperiksaan sijil STAM  di sekolah berkenaan bagi 2016 menunjukkan peningkatan apabila daripada seramai 26 calon  seorang pelajar berjaya memperolehi Mumtaz manakala 14 yang lain memperoleh Jaiyid Jiddan berbanding hanya seorang pelajar memperolehi Mumtaz dan hanya lapan memperolehi Jai Jiddan pada 2015 lalu.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih