Solidariti Aleppo Syria : RM300,000 Lagi Diperlukan

Solidariti  Aleppo Syria : RM300,000 Lagi Diperlukan – KUALA LUMPUR – Malaysian Life Line For Syria (MLLFS) memerlukan dana sebanyak RM500,000 untuk melaksanakan Kempen Misi Musim Sejuk 4.0 ke Alepo Syria bulan depan. lapor Sinar Harian

Ketua Pegawai Eksekutif, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu, Syahrir Azfar Saleh berkata, setakat ini MLLFS menerima sumbangan sebanyak RM200,000 dan baki RM300,000 masih diperlukan dalam masa dua minggu sebelum misi berkenaan.

“Insya-ALLAH, minggu pertama Januari, rombongan kami yang tidak lebih lima orang akan ke Syria menuju ke Idlib dan luar bandar Aleppo untuk menyampaikan bantuan tersebut,” katanya pada sidang media Solidariti Aleppo Syria, semalam.

Turut serta, wakil 15 NGO lain, antaranya Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim); Malaysia Reverted Muslim (MRM); Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia (Persidam); Global Peace Mission Malaysia (GPM); Gabungan Ahli Sunnah Malaysia (Gasma); Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), dan turut mendapat sokongan Nasi Kandar Line Clear Kampung Baru.

aleppo syria

Solidariti Aleppo Syria : RM300,000 Lagi Diperlukan

Mengulas lanjut, Syahrir berkata, bantuan yang dibawa misi tersebut memberi keutamaan kepada rakyat Aleppo yang dipaksa keluar dari bandar berkenaan.

“Kita akan salurkan kit lengkap bantuan musim sejuk, khususnya kepada mangsa yang dipaksa keluar dari Aleppo Syria, dalam keadaan sehelai sepinggang.

“Kita juga sedang berhubung dengan hospital di Idlib untuk mendapatkan jumlah keperluan ubat-ubatan bagi memastikan mangsa tercedera yang keluar dari Aleppo ini mendapat rawatan segera,” katanya.

Selain itu katanya, bantuan pendidikan untuk jangka masa panjang juga akan diberikan kepada mangsa memerlukan.

“Kita telah menggantung sepenuhnya perkhidmatan persekolahan di Solidariti Aleppo Syria, namun di Idlib masih ada sebuah lagi sekolah yang beroperasi dan sekolah tersebut masih memerlukan bantuan berterusan.

Beliau berkata, pihaknya sedang merancang pembinaan dapur khas bagi membekalkan makanan kepada mangsa.

aleppo syria

Sementara itu, Setiausaha Agung Abim, Muhammad Faisal Abdul Aziz mendesak kerajaan Malaysia memutuskan hubungan diplomatik dengan rejim Bashar Al-Assad sebagai tanda bantahan terhadap pembunuhan beramai-ramai ke atas rakyat Aleppo Syria.

“Saranan ini sebagai menyahut resolusi oleh Kesatuan Ulama Sedunia untuk memulaukan kerajaan Syria dan berdiri teguh menyokong rakyat Syria yang inginkan kebebasan dan keamanan.

“Penindasan rakyat Aleppo akan menyebabkan krisis kemanusiaan di Syria terus meruncing dan peningkatan di negara jiran, terutama di Turki, Jordan dan Lubnan.

Beliau turut menyarankan rakyat Malaysia merujuk NGO yang terlibat untuk mengetahui perkembangan dan maklumat tepat.

“Sumbangan rakyat Malaysia amat diperlukan untuk menjayakan misi Musim Sejuk 4.0 yang dijalankan MLLFS,” katanya.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi nombor akaun 5648-1051-3971 (Maybank).

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih