Status Halal JAKIM Coklat ‘Eyeglass With Candy’

Sending
User Review
5 (2 votes)

Status Halal JAKIM Coklat ‘Eyeglass With Candy’ – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menafikan dakwaan coklat EyeglassWith Candy mengandungi bahan ramuan daripada sumber haram seperti yang disebarkan di media sosial sebelum ini.

Status Halal JAKIM Coklat 'Eyeglass With Candy'

Bahagian Hab Halal JAKIM memaklumkan, coklat Eyeglass With Candy keluaran Goodfood Industries Sdn Bhd adalah pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah sehingga kini.

Status Halal JAKIM Coklat ‘Eyeglass With Candy’

“Salah faham timbul apabila pengguna tidak memerhati dengan jelas label sebenar yang tertera ‘free from pig’s products and its Derivatives’ (bebas daripada produk babi dan asal usulnya).

“Semua perlu mengetahui bahawa proses pengeluaran SPHM mengambil kira setiap ramuan dan proses berkaitan pengeluaran sesuatu produk dengan teliti, membabitkan pakar syariah dan teknologi makanan, ” katanya dalam kenyataan, hari ini,

Justeru, JAKIM menasihatkan pengguna supaya memeriksa status halal sesuatu produk melalui pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk di laman web www.halal.gov.my dan aplikasi telefon pintar MyJakim, selain mendapatkan penjelasan mengenai isu halal yang tular di Facebook Bahagian Hab Halal, JAKIM.

“Jadilah pengguna yang bijak sebelum menyebar dan berkongsi sesuatu isu halal yang tersebar dengan merujuk pihak berwibawa agar tidak terjebak ke dalam dosa fitnah sesama ummah,” katanya. – myMetro.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih