Terkini! Polis serbu rumah Najib dan inilah barangan mewah peribadi Najib yang dirampas

Terkini! Polis serbu rumah Najib dan inilah barangan mewah peribadi Najib yang dirampas | TIADA dokumen dirampas dari kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Taman Duta, Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Terkini! Polis serbu rumah Najib dan inilah barangan mewah peribadi Najib yang dirampas

Seorang daripada peguam Najib, Datuk Harpal Singh Grewal berkata, sebaliknya beberapa barangan peribadi antaranya beg tangan, pakaian serta barangan berbentuk hadiah diambil polis sebagai barang bukti.Harpal berkata, Najib dan ahli keluarganya memberi kerjasama penuh kepada pegawai polis ketika serbuan itu.

Tinjauan wartawan di lokas mendapati, anggota polis menggerakkan trak polis menghampiri pintu masuk kediaman Najib pada 3.50 pagi dipercayai untuk mengangkut barangan bukti itu dari kediaman terbabit.

Sehingga 4.45 pagi tadi, polis masih berada di kediaman Najib.Difahamkan, mereka dalam proses mengakhiri operasi itu selepas lebih enam jam mengumpul barang bukti dari kediamannya.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh mengesahkan serbuan ke atas rumah bekas Perdana Menteri, malam tadi.

Beliau yang dihubungi NSTP, memaklumkan serbuan berkenaan dilakukan untuk tujuan penggeledahan dokumen.

Lebih 15 kenderaan dan sebuah trak polis masuk ke perkarangan rumah bekas Perdana Menteri di Taman Duta di Kuala Lumpur itu, 10.15 malam tadi.

POLIS merampas beberapa barang dan dokumen dipercayai dari kediaman peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pavilion Residences di Kuala Lumpur, awal pagi tadi.

Setakat 3 pagi tadi, anggota polis dilihat meninggalkan perkarangan Pavilion Residences bersama barangan yang dirampas.Barangan terbabit dipercayai hasil penggeledahan yang dilakukan polis sejak 10 malam tadi.

Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh, ketika dihubungi mengesahkan serbuan ke atas rumah bekas Perdana Menteri, malam tadi.

Beliau memaklumkan serbuan berkenaan dilakukan untuk tujuan penggeledahan tetapi enggan mengulas lanjut.

Pada 10.15 malam tadi, lebih 15 kenderaan dan trak polis turut dilihat memasuki pekarangan rumah Najib di Taman Duta.

Kumpulan pegawai dan anggota polis dipercayai melakukan serbuan serentak bagi mendapatkan bukti.

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih