Tiada Lagi Televisyen 3D Selepas 2017

Tiada Lagi Televisyen 3D Selepas 2017 – Sekitar beberapa tahun lepas, televisyendengan sokongan 3D merupakan salah satu perkara yang dibual ramai, malah membuatkan pelbagai pengeluar memasarkannya dengan pelbagai inovasi termasuk kaca mata aksesori khusus untuknya. Walaubagaimanapun, permintaan untuk TV 3D tidak begitu tinggi berbanding televisyen biasa, dan kini nampaknya semua pengeluar telah mula menghentikan pengeluaran televisyen3D.

televisyen 3d

 

Tiada Lagi Televisyen 3D Selepas 2017

Sejak beberapa tahun lepas, pelbagai pengeluar telah menghentikan pengeluaran televisyen 3D secara berperingkat. Samsung dan Philips telah menghentikannya pada 2016 yang lepas. Kini, ia dilaporkan, dua pengeluar televisyen3D terakhir, iaitu LG dan Sony akan menghentikannya pada 2017 ini.

Ia dikatakan permintaan untuk televisyen 3D untuk kegunaan rumah bukan suatu permintaan utama, malah kandungan untuknya juga sangat terhad. Pengguna pada masa kini lebih memfokuskan kepada permintaan ciri-ciri televisyen pintar – selain memfokuskan pada resolusi skrin serta sokongan HDR.

Malah, mungkin keperluan menggunakan kaca khusus juga tidak diminati ramai – dan mungkin tidak sesuai untuk menonton rancangan bagi masa yang lama.

Untuk anda, adakah anda pernah cuba menonton televisyen 3D? – amanz.my

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih