TMJ Perkuat Johor Darul Ta’zim (JDT)

Sending
User Review
0 (0 votes)

TMJ Perkuat Johor Darul Ta’zim (JDT) – Kuala Lumpur: Perubahan besar bakal dilakukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada jendela perpindahan pemain kedua Mei ini tetapi apa yang paling menarik ialah pemilik kelab Harimau Selatan itu, Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan turut didaftarkan sebagai pemain.

Perancangan itu diumumkan menerusi kenyataan di laman sosial media Facebook Johor Southern Tigers (JST) semalam yang memaklumkan Johor DT akan membuat tiga perubahan.

TMJ Perkuat Johor Darul Ta'zim (JDT)

TMJ Perkuat Johor Darul Ta’zim (JDT)

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melakukan tiga perubahan dan salah satunya adalah JDT akan mendaftarkan DYAM Tunku Mahkota Johor, pemilik Kelab Bolasepak JDT sebagai pemain apabila jendela perpindahan pemain dibuka pada bulan Mei ini.

“Ia adalah sejarah baru dalam negara dan kelab apabila pemilik kelab didaftarkan sebagai ‘pemilik/pemain dalam satu masa,” jelas kenyataan itu.

Dalam laman JST itu juga turut memuatkan gambar Tunku Ismail sedang menjalani latihan kecergasan di gimnasium yang dilihat sebagai persiapan untuk beraksi bersama pasukan juara Liga Super itu. – myMetro

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih