Wanita Lebih Afdhal Solat Di Rumah?

Wanita Lebih Afdhal Solat Di Rumah?

Soalan:

Assalamualaikum Ustaz. Saya mempunyai dua soalan seperti berikut.

Betulkah wanita di galakkan sembahyang di rumah berbanding di masjid atau surau untuk mengelakkan fitnah? Apakah sebabnya?
Bagaimana wanita yang solat di rumah mendapat pahala jamaah kalau hanya solatberseorangan?

solat di rumah

Wanita Lebih Afdhal Solat Di Rumah?

Jawapan:

Lebih afdhal bagi wanita solatkt rumah berbanding solat di masjid.
Makruh bagi perempuan yang mempunyai rupa paras yang menarik untuk hadir berjemaah bersama-sama orang lelaki di masjid kerana dikhuatiri boleh berlakunya fitnah.
Isteri boleh juga mendapatkan fadhilat solat jemaah dengan berjemaah bersama-sama suami atau seumpamanya di rumah.
Suami juga boleh mendapat keutamaan solat berjemaah dengan melaksanakannya bersama isteri atau keluarga yang lain. Bahkan pelaksanaan solat berjemaah bersama keluarga di rumahnya lebih afdhal.
Kehadiran wanita ke masjid untuk berjemaah tertakluk juga dengan syarat dan keadaan tertentu antaranya; hendaklah dengan keizinan suami dan menjaga batas-batas yang telah ditentukan oleh syarak seperti memelihara aurat, tidak memakai wangian dan berpakaian secara sederhana.

اليسع
Rujukan:
Al-Majmuk

Hasyiah al-Baijuri
USRAH SOLAT DAN QA AGAMA

Wanita Lebih Afdhal Solat Di Rumah

Jika Anda Rasa Artikel Ni Berguna, Silakan Klik Button Like Dibawah. Terima Kasih

Add Comment